Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SK Saint Thomas

Pada 16 Ogos yang lepas telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SK Saint Thomas. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Dato' Hj Mohamed Sabri b Mohd Arsad. Majlis disambut dengan sangat meriah dan penuh dengan semangat patriotik.

Sepanjang Bulan Kebangsaan peringkat sekolah ini, pelbagai aktiviti akan dianjurkan untuk memupuk cintakan negara di kalangan murid-murid sekolah. Aktiviti-aktiviti ini akan dikelolakan secara bersama oleh Pusat Sumber Sekolah, Panitia Sejarah, Panitia Seni dan Panitia Muzik.


Gambar-gambar sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan. 






Comments

Popular Posts