Aktiviti GMLM : Cerita Buku Saya
Cerita Buku Saya merupakan salah satu kempen aktiviti Galakan Membaca dan Literasi Maklumat (GMLM) yang dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah. Melalui aktiviti ini, murid akan digalakkan untuk meminjam sebanyak mungkin buku dari perpustakaan sekolah. Murid akan membaca buku tersebut dan murid akan diminta untuk membuat ulasan tentang buku yang telah dibaca semasa perhimpunan rasmi sekolah dan juga perhimpunan harian. Murid-murid yang membuat ulasan tersebut akan diberi mata ganjaran dan murid yang mendapat mata ganjaran terbanyak pada bulan tersebut akan diberikan hadiah istimewa.
Gambar semasa murid membuat ulasan buku.
Comments
Post a Comment