KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA, SK SAINT THOMAS, KUANTAN.
Pada 28 Januari yang lepas, telah diadakan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SK Saint Thomas 2018. Kem ini diadakan dengan kerjasama IKM Tan Sri Yahaya, (IKM TASYA), Pekan Pahang.
Seramai 127 orang pemimpin muda yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas terlibat di dalam program ini.
Program ini merupakan program jaringan antara SK Saint Thomas, Kuantan dan IKM TASYA, Pekan. Usahasama ini telah berjaya diadakan selama tiga tahun berturut-turut. Fasilitator yang terlibat di dalam program ini merupakan pelajar-pelajar dari IKM TASYA itu sendiri.
Program ini telah memberi impak yang mendalam kepada semua pemimpim muda SK Saint Thomas. Mereka telah didedahkan dengan kemahiran berfikir, kemahiran memimpin dan pelbagai kemahiran lain lagi yang diperlukan untuk menjadi pemimpin muda di sekolah.
Gambar-gambar sepanjang program.

Comments
Post a Comment